Friday, October 15, 2010

Dream Girl (babak dua)

Ok, atas permintaan kawan yang saya sayangi saya kene la sambung babak kedua.. Berapa peratus kemungkinan bila anda terfikir tentang gadis impian akan jadi kenyataan?? Berapa pun jawapan anda tentunya tidak banyak kan.. Melainkan anda seorang yang hebat, popular, kira macam Nabi Yusuf AS la, yang mana memang takda kat zaman sekarang.. Jadi, persoalan ini berbalik kepada tuan punya blog ni.. Ok, jawapan dia memang sedikit.. Agaknya Tuhan nak uji aku sejauh mane tahap kesabaran aku dalam menunggu cinta sejati ni.. wahlawei, ayat macam A. Samad Said da... hehehe... Tapi, aku bersyukur kerana dalam hidup ni aku ada mak dan adik beradik yang sangat sangat sangat aku kasihi dan sayangi.. Cuma tulah, kadang kadang cemburu gak tengok kawan kawan dating.. hehehe.. Tapi aku tak kisah sangat semua tu cuz aku kan ada Allah & Rasul-Nya yang pastinya menyayangi seluruh umat.. Lagi pun aku da biasa takda 'soulmate' ni.. Adalah dekat 6 tahun.. Best woo, duit ke ape ke semua guna untuk sendiri.. Cuma kadang kadang tu belanja adik adik aku yang suke paw aku bila dia tau aku ada duit.. Ok, jauh da ni terpesong, dream girl bermaksud gadis impian/mimpi... Mimpi kan mainan tido, so, same la macam situasi aku sekarang ni.. Rupa rupanya aku sdang bermimpi berjumpa bidadari yang bukan milik aku.. So, ape nak buat, kita serah kan segalanya pada yang Maha Kuasa.. Kalau kita tengok baby baru lahir kan diorang gengam tangan kan.. Tula sebab kita masa lahir ke dunia ni kita gengam janji dan amanah yang Allah bagi pada kita sebagai khalifah di bumi ni.. So, buat masa ni aku masih lagi mencari cari siapa lah yang ada tulang rusuk kiri aku ni.. hehehehe.. Maksudnya jodoh aku la.. So, sampai sini jela ye sedara... (bersambung lagiiiii)