Thursday, October 28, 2010

Dream Girl (babak terakhir)

Well, seperti yang di tunggu tunggu habislah sudah cerita pasal dream girl musim pertama.. ararararar.. Mesti korang ingat aku da jumpa someone kan?? kan??? Sebenarnya tak pun, aku tak mencari pun. Biarlah. Aku lebih suka hidup single ni. Memang la mase mula mula study tu aku adalah juga nak ushar gadis gadis kampus tapi takde yang nak. hahaha, padahal aku pergi class pergi, balik terus balik. Tambahan aku ni da lupa macam mane nak ayat perempuan. (Gulp) Sebenarya, aku tak bersedia untuk bercinta sebab pada aku bila bercinta ni maknanya aku dah kena kahwin which is aku tak bersedia ape pun untuk itu. Mesti korang akan cakap,'Ala, couple jela, kahwin ke tak tu belakang cerita'.. Aku tak maksud kan semua orang fikir macam tu tapi kebanyakkan orang. So, aku bersyukur sangat pada Allah kerana memelihara hati aku ni dan sentiasa membuat aku sibuk sehingga lupa pada cinta pada manusia seketika. Aku tahu masa dan jodoh aku belum sampai, so aku anggap apa yang berlaku ni adalah hikmah dari-Nya. Mungkin jika satu hari nanti aku jatuh hati kepada seseorang, aku akan terus melamarnya yang mana itu lebih dituntut dalam agama. Andai aku jatuh cinta sebelum masanya, itu adalah kelemahan aku kerana tidak berjaya mengawal perasaanku.. So, kepada FL, wanita yang aku impikan, mungkin andai engkau jodoh ku kita akan bertemu satu hari nanti, apabila aku sudah bersedia. Biarlah Allah yang menentukan segalanya, kerana Dia Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi. Dengan itu tamatlah kisah tentang 'Dream Girl'. Sehingga kita bertemu di musim akan datang, Insya-Allah.. Sekian, Wassalam..