Monday, November 22, 2010

Brand New Day

Assalamualaikum. hey, pembaca sekalian. Lama la giler x update blog. Harap maaf sekiranya anda tertunggu. (macam ada yang tunggu je) Anyway, oleh kerana cuti yang lame maka ku pun jarang 'online' kerana banyak menghabiskn masa berkualiti bersama kaum keluarga dan sahabat handai. tak ape yang nak di cerita sebenarnya semasa aku cuti sebab ia hanya hari hari biasa bagi anda dan pada aku ia sangat istimewa. Tapi sebalum aku berangkat ke sini, kawan baikku telah bergaduh besar dengan kekasih dia sebab kekasih hati beliau berlaku curang. Kesian aku tengok kawan aku tu, lima tahun lebih berkawan, dan dah beli cincin untuk melamar, sudahnya kecewa di tengah jalan. Tapi aku doakan agar Allah memberi dia jodoh yang baik untuk dia. Mungkin Allah merancang sesuatu untuk dia. Aku pulak tak ada apa apa yang berubah. Old same old same. Mungkin dalam usaha berubah untuk menjadi yang terbaik iaitu insan 'kamil'. Doakan aku la ye. Bersama keluarga dan sahabat memang memberi aku banyak kesedaran tentang kurangnya diri ini, dan aku terfikir apa yang aku buat selama aku hidup. Banyak benda yang sia sia dari berfaedah. Sekarang tibalah masa untuk memperbaiki diri. Hari ni masuk hari kedua aku di Shah Alam. Penat belum juga hilang kerana menunggang dari Johor. Yang best tentang semalam, aku sampai di sini dengan harapan ada orang di rumah, namun harapan tinggal harapan sorang pun tak ada. So, oleh kerana hyper penat, aku pun gagal mengawal kemarahan aku, aku pecah kan pintu grilled untuk masuk dalam rumah, masuk masuk pintu bilik plak kunci, oleh kerana malas nak pick lock, maka aku pun sepak pintu tu. (Harap maklum kerana dalam darah aku ada darah pahlawan yang datangnya dari nenek moyang aku) Bukan selalu aku macam tu. Heeeee. Masuk je bilik aku capai tuala, terus mandi, then solat Asar, then baring seketika untuk menghilangkan api kemarahan. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana marah. So, macam hari hari yang berlalu aku jalani kehidupan macam biasa je. Oh, hari ni aku daftar untuk semester seterusnya. Diharap semester ini lebih baik dari yang lepas. Insya-Allah. So, kelas bermula esok, hari ni boleh relax relax lagi, preparare untuk mengharungi hari mendatang. Oops, lupa plak, tiba tiba Allah nak bagi jalan kat aku untuk berkenalan dengan FL ni. Weee. Macam impian tu datang balik je. tapi dalam pada itu aku terikir sejenak, ujian apa lagi yang Allah nak bagi kat aku. Semoga aku kuat dalam menempuhnya. So, itu saja buat kali ini. Jumpa anda di lain waktu dan masa. Wassamualaikum.......