Monday, December 20, 2010

Musim Hujan=Musim Sejuk

Salam semua. Lame seh tak update blog kerana kemalasan melanda diri. Saya bukan penulis yang hebat atau lebih tepat lagi saya tak suka menulis. Tapi, oleh kerana tahap kebosanan mencapai tahap 4 maka jadi lah rajin.
Sekarang ni musim hujan la yang sangat hyper. Tapi bagus la sebab hujan tu kan rahmat. Rahmat juga kepada aku untuk tido dengan selesa jaya nyeee. Tapi yang tak best nya tak leh nak ke mana mana termasuk lah ke kelas. Sanagt tidak suka apabila terpaksa ponteng kelas. Bukan sebab malas ye, tapi keadaan memaksa diri. Rasanya lepas ni dah kene bawak kete bila tiba musim hujan. hehehe. So, time hujan macam ni la seronok tulis blog, siapkan assignment dan yang paling penting tido. Tu lah rahmat yang Allah beri pada sekalian manusia bila hujan. Hebat benar kan perancangan Allah. Oleh itu kita kena selalu fikir yang positif je atas ape je yang berlaku ke atas kita. Ok, sampai la ni jela ye. Ada Urusan Sri Paduka Baginda.. Wassalam...