Monday, December 20, 2010

jiwa yang terancam

tiada apa yang kekal di dunia ini. apa sahaja yang berada di dunia tidak kekal sama sekali. itulah pegangan hidupku. bagiku dunia adalah tempat untuk bekerja kerana akhirat tempat untuk bersenang lenang. bukan senang untuk senang, maka di dunia haruslah berbuat kebaikan semaksima mungkin agar diri dijauhi api neraka, Insha-Allah. lebih lebih lagi di dunia masa kini, terlalu banyak kejahatan dan dosa yang merosakkan dunia maka adalah kita sama sama kembali ke pangkal jalan iaitu jalan yang diredhai Allah. jangan biarkan nafsu menguasai minda kita dalam membuat keburukkan kerana memang begitu sifat nafsu, ingin membuat sesuatu yang seronok tanpa bersendikan syariat Islam. kita manusia yang puya akal dan fikiran bukan binatang yang hanya punya otak dan nafsu. dalam kepalanya hanya keenakan dunia. kita manusia ciptaan Allah yang Maha Hebat & Indah, tentu kita lebih bagus dari makhluk lain. persetankan kata manusia yang tidak menggunakan akalnya di jalan yang betul. jangan hanya memikirkan keenakkan dunia yang sementara. Walhal, dunia sudah menunjukkan ketidak-abadiannya sekarang, gempa bumi, tsunami. sejauh mana kehebatan teknologi manusia, hebat lagi Tuhan yang Maha Esa. ingatlah sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan berpesan peasn ke arah kebaikan. semoga Allah memberi petunjuk kepada sekalian manusia. ameen.