Wednesday, December 01, 2010

SUPER WHY

Salute everyone. Aku sangat la sibuk sejak seminggu ni sebab menyiapkan website untuk company kecil kami. Hehehe, please support us. Setelah hampir 90% siap, aku search la kat facebook, suddenly jumpa bunga photographix persis macam company kecil aku bunga photographic. Bukan niat kami untuk meniru nama company tu. So, harap kalau company tu nampak nama company kecil kami, jangan la saman nama company kami. Sesungguhnya kami menghormati company anda. Ok, kita tutp cerita pasal tu. Hari Jumaat ni tak dapat nak pergi class photo & typo. Ohh, ruginya sebab saya ke Lumut, Perak untuk menjalankan tanggungjawab kerja. Maaf saya ye Prof sebab tidak hadir ke kelas minggu ni. So, minggu depan nye pula nak balik Johor sebab ada Grand Family Day. So, kedatangan adalah diwajibkan la ni kiranya. Ok, saya akan membusy kan diri saya supaya saya lupa yang saya ni single. Hahaha. Sebut pasal single ni, saya ada story. Kan last post saya ada sebut tentang FL kn? So, saya tak tahu la kenapa tiba tiba da tak ada feel kat dia. hehehe. Walaupun da ada 'kabel', tapi bila tengok tengok balik, she's not my type. SO, aku akan terus mencari sampai ketemu yang cocok. Bak kata kawan kawan aku, aku ni memilih sangat. Hahaha, persetan sama kamu semua. Memang la aku kena pilih wanita yang akan mendampingi aku seumur hidup, orang yang akan bagi aku keturunan dan menjaga anak anak aku dengan baik. Wah, jauh kan pemikiran aku. Kalau la boleh, aku nak bercinta terus nikah. Mungkin aku ni jenis yang tak suka bercinta terlalu lama. So, andai semasa aku study ni aku tak ada buah hati, jangan la ingat aku ni freak atau something going wrong atau lebih teruk lagi dengan menganggap aku homoseksual. Aku heteroseksual yang bermaksud very straight ok. Aku cuma tak pandai la nak bercouple couple ni da. Da lupa cara nak ayat perempuan. Hahaha, tapi bab kasi petua kat kawan memang hebat. hahaha. So, siapa yang berminat nak kenal dengan aku tu silakan. Aku ni friendly orang nye walaupun nampak pendiam. Oleh itu, cukuplah setakat ini cerita aku. Tak suka aku nak buang masa anda semua dengan membaca blog aku. Baik korang baca buku ke atau buat benda yang berfaedah. Tapi kalau nak relax leh la baca blog aku yang dull giler ni. Orang giler pun tak nak baca. Tapi kalau korang baca memang korang the best person ever born. Kira legendary la. Ok la, sekian. Salute. Wassalam..